Pengalaman Anak Warded Sebab Jaundice!

Anak aku Adam lahir pada 6 April 2013 haritu dekat Hospital Putrajaya, kondisi hospital memang tip top, sebab toilet dalam bilik..haha.. Layanan ok lah, nurse pun bukan dayang istana kan, kau nak harap dorang layan kau macam raja, dorang berwajah manis dan berbudi bahasa dengan kau pun dah cukup bonus la kat hospital kerajaan ni kan.

7 April dalam pukul 4 petang macam tu discaj, nurse siap bagi buku biru untuk check up anak, dan dia suruh lapor kelahiran kat klinik kesihatan berdekatan. Esok tu, 8 April, sebelum zaimi pergi buat myKid Adam, dia lapor kat klinik kesihatan semenyih, memandangkan aku berpantang kat rumah mak. Nurse cakap dalam tempoh 24jam nurse akan datang tengok aku dengan Adam untuk cek apa-apa yang patut.

Aku pun keep on la try untuk breastfeed (BF) kan adam, sebab kan kata konon nak fully BF, sepanjang check up masa mengandung, aku disogok dengan polisi penyusuan susu ibu je kan, WALAUPUN susu aku tak keluar-keluar lagi. Memang aku bagi adam BF, tapi macam dia sedut kosong je. Kan katanya, kalau anak keep on sedut, nanti susunya keluar. Ok takpe. Teruskan je macam tu. Mak tanya, dah susu tak ada, tak nak bagi susu formula dulu ke?

Dengan yakinnya aku cakap tak payah. Aku nak cuba jugak BF. Dengan sakitnya badan berjahit segala, duduk tak selesa langsung bagai, aku try BF dan try. Kiranya, adam tak dapat makanan lagi. Nak teruskan dengan impian fully BF lah konon. Malam tu, aku perasan hujung mata adam ada kuning-kuning.. Dah mula rasa tak sedap hati.

9 April, nurse datang dalam pukul 10 pagi. Sampai je, terus je nurse tu cakap adam kena kuning, baru tengok je, tak pegang lagi tu. Dia suruh pergi cek bacaan darah kat klinik kesihatan. Aduss..

Kau bayangkan, dengan keadaan aku yang tak berapa larat, sakit lagi, adam pun cinonit punyalah kecik, dah kena naik kereta balik pergi klinik. Kat klinik, adam kena ambik darah kat kaki.. Ya Allah.. perasaan masa tu sedih, sebab anak kau yang baru belajar nak hidup ni, melalak-lalak menangis kena cucuk jarum kat kaki.. Lepas cek semua, bacaan 14.7 mol. Doktor dah risau, dan merisaukan aku. Katanya, malam nanti sila pergi ambik lagi bacaan kat klinik kajang, kalau bacaan naik lebih dari 18, akan warded.

Aku ni dahlah ibu baru, mak aku pun nenek baru. Bila kat klinik tu, ada pulak yang bagi petua, suruh bagi adam minum susu kambing, katanya boleh turunkan bacaan. Dengan pantas, pergi beli. Balik tu, ada pulak yang call bapak aku, ajar cara nak bagi anak susu kambing tu macam mana. Titik kan kat mulut katanyaaaa.. Baik, aku dengan zaimi pun titik la kat mulut adam. Susu formula tak bagi jugak, nak fully BF kan? *mata ke atas*

Malam tu, pergi cek. Bacaan jadi 14.8mol. Ok ini tidak best. Walaupun 0.1, naik tu, tak turun pun. Esok kena pergi cek lagi, bermakna adam kena cucuk tapak kaki lagi. Hmm..

10 April, pagi tu aku beralah.. Susu aku tak ada jugak. Bagi lah susu formula, tu pun, aku bagi 10ml je. Lepas tu,  pergi cek lagi, bacaan jadi 17mol. Ya Allah.. naik! Doktor buat surat refer hospital, kena warded. Siap pesan jangan bagi susu kambing, sebab itu petua yang tak pasti kesahihannya, dan kadang-kadang boleh tinggikan lagi bacaan jaundice. Damn. Aku dah bagi pun. Bodohnya aku :((

Petang tu terus ke hospital putrajaya semula, adam terus ke NICU, habis dibogelkan dan duduk bawah lampu biru.. Bila dia dah cek bacaan, adam tak teruk sangat, jadi tak perlu duduk dalam NICU, kena transfer ke Wad Bersalin Risiko Rendah dekat precint 8.. Aku kena warded bersama adam, sebab nak kena BF kan dia, untuk turunkan bacaan..

Serius, aku dah menangis-nangis.. bodohnya aku.. Antara sebab adam kena kuning tu sebab aku tak bagi adam susu badan, kalau tak ada, patutnya kena bagi susu formula dulu sementara susu badan nak keluar.. aku tak bagi sebab aku bengap. Ditambah pulak dengan titiskan susu kambing, tambah pulak aku minum air lobak putih campur lada hitam nak bagi keluarkan susu badan.. Semua dek aku terpengaruh dengan petua-petua.. :(( Lagi-lagi pulak, aku ni darah O, dan jugak aku ambik insulin pulak masa pregnant.. Ha kau.. tak cukup jari aku list kan benda-benda yang buat anak aku sakit.. plus kebodohan diri lagi..

Malam tu, aku tidur dekat wad dengan adam. Kau bayangkan, hati sapa yang tak sedih tengok anak kau yang kecik tido tanpa baju bawah lampu biru, dahlah mata kena plaster. Yang tambah lagi kesedihan aku, aku asyik terfikir salah aku pada adam. kenapalah aku tak bagi je dia susu formula.. dan kenapalah aku buat petua-petua tu semua..

Adam, malam pertama di wad
Malam tu jugak mak mertua aku sampai dari Kota Bharu. Patutnya MIL aku dapatlah duduk dengan cucu dia 3 malam, tapi dah kena warded pulak.. tiket flight dah beli..

Tension sangat masa dalam wad ni, dengan susah hati kat anak, dengan sakit beranak tak hilang lagi, kena paksa untuk BF jugak kat anak walaupun tak ada hasil dan tak berapa reti lagi nak betulkan posisi BF anak sebab sakit jahitan, uruskan anak seorang diri TANPA sebarang pengalaman.. Kat rumah kan ada mak, dia leh tolong.. Ini, aku terkontang-kanting sorang.. Dahlah yang boleh melawat suami sahaja, suami pulak tak boleh nak datang melawat sebab MIL ada, tak kan  zaimi nak tinggal MIL pulak.. Dengan kena mandi air sejuknya.. Dan yang paling tragis sekali, makanan yang dia bagi kat aku, tak ada concern terhadap ibu dalam pantang langsung. Dia bagi ayam, dia bagi telur.. Ya Allah.. Tuhan je tau apa perasaan aku masa tu. Nasib tak meroyan je..huhu..

kesian anak emak..sobss..

wad dia macam apartment, tapi dah namanya wad, i dislike!


Selepas 2 malam warded, bacaan adam turun ke 12mol, dan doktor kata boleh discaj..phew..
Nasib boleh balik 12 April tu.. kalau tak, mau gila aku duduk dalam wad dengan keadaan macam tu lama-lama.. tapi tetap kena BF setiap 2jam, dan elakkan makan makanan berhalia, berkunyit dan sebagainya.. kena pastikan bacaan turun di bawah 5mol.. Hai kesian anak emak.. Disebabkan aku takut nak bagi dia susu formula, jadi sebab pulak kat kes ni..

mata sembab lepas akhirnya dapat bukak plaster mata


Mulai hari tu, aku memang tak exclusive BF la.. memang campur susu formula.. serik rasanya..

Aku sakit tak apa, ini anak yang sakit.. ralat dia lain macam tahu.. Dugaan sungguh.. :-\

Itulah sahaja kisah ngeri aku selepas bersalin..huhu..

Dan malam lepas discaj tu, dapatlah MIL tido dengan cucu dia.. Oh ye, malam tu jugak zaimi botakkan adam..kuang3..




nanti cerita lagi.. daa..

Post a Comment

0 Comments